28 April 2014

Calon Bini

Kita manusia biasa yang tak lari dari demand nak itu nak ini . Macam aku jugakk , kadang kadang bernafsu dengan boots dan snickers . Dan sesungguhnya aku lebih sayangkan makanan dari buah hati sendiri , mungkin . 

Pernah jumpa orang yang tak pernah bersyukur ? Tak pernah rasa cukup apa yang ada padahal dia dah cukup serba serbi . Cuma nafsu yang main peranan sekarang .

Satu pasangan yang sama cantik , sama padan . Bila tengok dari luaran nampak semua perfect ! Kadang kadang rasa cemburu .Tapi bila sampai telinga sendiri , baru tahu cerita sebenar .

Mula mula aku dengar memang tak masuk dek akal . Si pakwe belajar lagi . Kadang kadang cari part time untuk sara hidup bakal bini dia . Mula mula si makwe mintak iphone 6 . weyhh , bukan RM1K handphone tu . okayy , si pakwe sanggup cari duit tepi , buat part time untuk tunaikan permintaan bernas si makwe . Bila si pakwe guna kan duit hasil titik peluh sendiri beli barang keperluan sendiri , seenaknya si makwe marah dan mungkin dialognya 

"Kenapa guna duit tu beli benda tu ? Macam mana nak beli go-pro kalau macam tu?"

Sekarang ni masalahnya duit siapa ? Hasil titik peluh siapa ?

Selang beberapa hari aku dengar perbualan telefon si makwe dan si pakwe

"Dah ganti belum duit haritu ? Jangan lupa masukkan bank RM 100++ dalam bank yang duit kahwin tu"

Okay sekali lagi dengar permintaan bernas si makwe . Simpan duit kahwin untuk masa depan . Sebelah pihak bekerja keras , sebelah lagi goyang kaki ?

Aku dengar lagi 

"Dah masukkan duit ? Dalam bank ni berapa ? Dalam bank tu berapa ?"

Tak silap kalau ikut tahap kiraan matematik aku sampai form 6 ni , ada dalam RM500 jugakk si pakwe bagi nafkah zahir . fuhhh RM500 beb ingat celah gigi ke ?

Entah dari mana sumbernya , si pakwe dapat tahu yang si makwe curang mungkin . Sebab keluar dengan lelaki lain berdua dan seat couple dalam panggung . fuhh siapa tak panas punggung . Datang lah si pakwe ke kolej si makwe semata nak cakap 

"B nak lepaskan u"
"U dah fikir masak masak ? B tau tak i kat rumah bosan hari hari tengok tv benda yang sama . takde kawan , kalau ada pun bercakap dengan nenek je , paham tak bosan"

Si makwe sangat 'memahami' . Si pakwe kerja siang malam untuk sara si makwe yang permintaan entah apa apa . dan dengan seenaknya si makwe keluar dengan lelaki lain atas alasan yang pffft .

Kau bukan tak tau , pakwe kau anak yatim piatu ? Ada kakak pun , dah kahwin dan kemungkinan besar 100% kos belajar di tanggung sendiri . Pernah terfikir entah entah dia kat sana sanggup ikat perut tak makan sebab nak bagi duit dia kat kau ? 

Bila dengan member dialognya macam ni 

"Aku tak suka kawan dengan orang cantik sebab aku nak menonjol . Sebab tu aku kawan dengan korang . hehe"

Aku tak tahu nak cakap apa . Macam mana nak ajar orang macam ni ya ? Bersyukurlah kau ada pakwe yang sanggup tahan dengan kau selama 3 tahun . bukan 3 hari tau ? itu pun buat perangai . Aku ni pun dah lama simpan , tapi aku ni tak reti marah . Diam je yang mampu . hm

22 February 2014

Pompeii


Pertama sekali thanks to Tasnim nak layan aku tengok cerita ni . Actually aku tak teringin pun nak tengok cerita ni tapi bila someone tu cerita sikit pasal movie ni aku pun okay lahh lets go Tasnim jom kita pergi tengok . As usual , TGV Bukit Indah always be my choice tapi tak boleh guna student card . fuhhh melayang 14 hinggit aku . dan dan Hot Minies aku habis . matilanakkk

As we know Pompeii is city was mostly destroyed by the the eruption of Vesuvius . Apa yang kita tahu kota ni memang penuh dengan aktiviti pelacuran , seks bebas , homoseks besar-besaran macam tu lah yang aku dengar . 

Dalam cerita ni takde lahh tunjuk segala benda benda pelik macam tu . Cuma nak tunjuk yang seorang lelaki nak balas dendam pada orang Rom yang bunuh seluruh keluarga dia . And out of the blue , dia sampai Pompeii dan saat tu jugakk lah gunung tu nak meletus . Jumpa cinta sejati dan mati dalam keadaan sedang bercumbu . Wahhh what a love story but i really hate that part . Kalau dia lari dari awal beberapa hari lagi time tu , mesti takk mati , happy ending . 

Rating ? 4 and half stars . Best ! Part paling best of course lah masa gunung tu meletus . Hujan api , hujan batu , hujan abu . ^^v

20 February 2014

Kau yang mana satu ?

Antara sayang vs benci . mana yang kau pilih ? Aku pilih benci sebab orang tua-tua kata dari benci lahirnya rasa sayang dan dari sayang kau boleh jadi benci .

Kau jumpa orang tu dan konon first sight dan first love . bercinta bagai nak rak sebab hari hari makan nasi bajet tiga ringgit cicah sambal belacan pun takpe asal dapat belanja dia wayang every day sampai tengok cerita keling pun boleh layan , poringge poringge . sampai masa ada orang ketiga datang selak kain tayang peha sikit laki kau lentok , haaa settle . dah jadi benci kan ? tak susah pun .

Aku pun tak boleh kata yang senang-senang dari benci jadi sayang . sebab aku memang tak pernah ada pengalaman dari benci jadi sayang ni . tapi tak mustahil orang yang kau rasa dia nerd , style rambut belah tengah datang bagi daun kering tulis iloveyou mula kau tolak . mana tahu 10 tahun lagi dia buat surgery jadi Korean tapi muka macam Micheal Jackson dan dan time tu kau sangkut haaaa meleleh hari hari tido bawah ketiak dia je lepas kahwin .

boleh ke aku cakap macam tu ? itu aku punya opinion . tak setuju ? jom aku tolak kau masuk gaung . ada berani ? ^^v hiksss

Motifnya sebenanya aku nak cakap . Sayang dan benci perlu berpada . Bukan aku tak pernah dari sayang jadi benci .  bukan nak tunjuk bakat pengalaman terendam macam 7 suami tu , kalah aku . Cuma, tu lah . Hati manusia ni bila-bila masa je boleh berubah . tak susah pun . Dia cakap sayang harini tak bemakna esok sayang dia ada lagi . trust me !  

19 February 2014

Aku bicara dengan CERMIN .

Aku tak kira perlu kata yang dunia memang tak adil ?. kenapa mesti salah kan dunia sedangkan dia dah tua . padahal kita yang salah . tak sedar lagi yang bahagia singgah setakat panas kan punggung lepastu blah ? tinggal kan dugaan , sedih , pilu dan masa tu baru nak merangkah cari sejadah tadah tangan minta pada Tuhan ? mana kau masa suka gembira ? lupa Tuhan . lupa yang bila bila je Dia turunkan musibah .

Allahu .

Selalu salahkan orang sekeliling bila tak dapat apa yang kita nak . 

ehh dia takde lah belajar mana , tapi dekan memanjang . 

alah lecturer dorang boleh lahh , tolong asyik buat retest je . 

bawak toyol , bolehlahh 

kenapa tak cakap dengan cermin yang weyh kau tu memang bodoh dari dulu  . tak sedar lagi ? result SPM , Matrik , STPM kau yang tinggi melangit tu , alahh nasib je kau ni . kau salah sebab kau salahkan yang tak bersalah . memang kau struggle macam nerd abadi tapi rezeki Allah yang bagi . kau tak boleh salahkan orang lain kalau kau gagal ke , kena repeat paper ke , kena naik turun kelas ke haaa lantak lahh kan . 

Aku selalu ingatkan diri sendiri yang setiap benda yang Allah tentukan pasti dia selitkan hikmah . mungkin kau lepasni takde lahh nak kutuk lecturer atau cikgu sebab tu paper berkaitan dengan orang kau kutuk tu failed . mungkin kau lepasni takde lah asyik nak stay up hadap wechat bergosip sedangkan esok test menggila . please , behave !

banyakkan istighfar wahai reflection dalam cermin . sedar dari mimpi . bangun dari tidur .

19 October 2013

our conversation :)

"hari ni rasa nak makan bakso dengan Magnum laaa"
"haaa jom jom . Settle dulu !"

"jom lepak tepi laut"
"jom jom , settle !"

"dah lama tak minum vanilla shake kat mekdi tu kan ?"
"nak makan mekdi laa ni ? okay bole . settle dulu laaa"

"nak makan kat mana harini ?"
"suka hati , org bawak jee"
"cerita apa nak tengok harini"
"cerita apa best ? jom laaa tengok . macam biasa laaa Luxe"
"dengan ?"
"Hot Minies laaa macam biasa . pehh , settle !"

"dah tak tau laa nak pergi mana"
"kan ? dah tak tau kat JB ni ada apa . Settle dulu laa jomm ! haha"

"baju ni macam lawa kan ?"
"haaa beli-beli . borong semua . kasi settle semua"

aku lebih banyak tanya dari jawab . bila menanti jawapan , lahaii tak seberapa jawapannya . tak memberansangkan . 

memang kena ada SETTLE every sentences tu ? mula-mula dengar macam menyirap jugak and aku fikir apa mamat ni nak buat dengan aku ? sampai jadi gaduh . susah kalau banyak sangat kawan dari overseas ni kan .macam-macam dialek dia serap . but its only a sentence yang dah jadi habit , so its okay . tak kira HAMTAM dia lagi . berbulu telinga dah dengar perkataan tu . 

"dah lama tak makan spagethi . masak kan bole?"
seronok bila ada orang nak makan lagi apa yang kita masak walaupun tak seberapa sangat kan spagethi tu :)

"cepat laaa baju mana nak beli ni ? pilih kan laaa"
memang suruh pilih , tapi apa yang aku pilih kadang-kadang tak kena pada dia .

"jom watson ?"
"buat apa ekk pergi sana ?"
"scrub ada lagi tak ? kalau dah habis org belikan baru . nak beli yang gosok kilatkan kuku tu lagi"
"haah ekk , kuku dah panjang ni"

"kuku dah panjang laa . kasi trim sekali ehh"
memangnya aku ni bukak spa ? nasib bawak nail buffer tu sentiasa dalam handbag . 

stupid conversation ni sometimes yang buatkan kita rindu , kan ? always miss everything . hmm
assalamualikum ,

dah lama sangat tak update blog kita ni . dah janggal rasanya .

seminggu kat rumah , satu apa pun tak buat untuk naik mid sem nanti . MGT420 punya test tengah menanti penuh dengki ni .


muka tak ready lagi (.^_^.)

thanks sebab bagi idea mana nak lepak , Zafirra . ini lah masalah aku bila dah selalu sangat keluar sampai mana nak pergi pun tak tahu . okay laaa walaupun tepi laut makan Subway kehkeh .

"apa yang kau rasa sekarang , aku pernah rasa" #KampungGirl 

tak tahu kenapa aku sentap dengan ayat yang Akim cakap ni . macam ... ishh entah laaa ek . 

18 July 2013

Perniagaan Antarabangsa .

assalamualaikum .

rasanya dah terlalu lama tak pegang keyboard ni . janggal , awkward , macam2 lah . sampai asyik tekan backspace je . maklumlah , sekarang  main tekan2 nombor set minyak . mane ade benda lain dah . itu lah life aku .

about the UPU . alhamdulillah aku dapat jugak masuk universiti . akan bergelar siswi satu hari nanti , insya-Allah . mula2 down gila sebab aku nak course islamic finance tapi dapat perniagaan antarabangsa . cukup bersyukur dah tu .


buat masa ni aku masih lagi kira2 bila nak berhenti daripada Fuad Ent. tu . rasanya seminggu sebelum hari pendaftaran , 1 Sept nanti . 

congrates kawan-kawan . yang tak dapat , insya-Allah rezeki korang ade . cuma bukan sekarang . aku sentiasa doakan kawan2 aku yang lain dapat sambung belajar tak kesah lah kat mana sekalipun, insya-Allah .

assalamualaikum .