03 May 2011

cerita sebuah keluarga

oh ye . selalu kita tengok kat tv kan cerita Anak Tanggang or Akukah Tanggang . semua cerita tentang anak yang tak reti jaga kebajikan parents , apa ntah lagi nak jaga hati dan perasaan mak bapa dia orang tu sendiri . selalu tak pulak kita tengok parents yang tak jaga hati seorang anak ? tak selalu kan .                                                                     memang kalau ada pon , sometimes jew .cerita ni aku dengar daripada
Ustaz Asyraf  juara imam muda masa ceramah kat kampung aku sempena maulid. 

tentang sebuah famili yang hidup dalam keadaan yang ceria dan bahagia . sepasang suami isteri yang dikurniakan seorang anak perempuan yang comel . anaknya baru berumur 5 tahun dan baru sahaja mula mengenal apa itu tempat berlajar atau sekolah . pada hari itu , si ayah baru membeli kereta mewah berwarna hitam . cantik sangat , berkilat . selalunya kalau bapa beli kereta baru , yang seronok tentulah si ibu dan anak . 

anak : ayah , jom pergi shopping naik kereta baru ?
bapa : mana boleh .  kereta ni , plastik pon tak bukak lagi . lain kali lah .
ibu : lagi sayang kereta ke?
bapa : mesti lah . kereta baru , anak kan  dah 5 tahun hidup .

lalu ayahnya ketawa dan mengajak anak kecilnya itu masuk ke dalam rumah . boleh di katakan pada setiap jam si ayah akan menjenguk ke luar untuk memastikan keretanya terletak di tempatnya dan tidak bercalar . dan setiap hari pula dia akan memastikan keretanya itu dimandikan selepas pulang daripada kerja .

pada hujung minggu , si ayah mahu pergi ke pasar ...
ayah ; tak payah bawa kereta lah , nanti calar . bawak basikal je . motor dah tak de kan ... 
si ayah pun pergi meninggalkan kereta kesayangannya .

si anak di rumah sedang sibuk bermain di halaman rumah . tiba-tiba dia teringatkan apa yang dia baru je belajar semalam , iaitu belajar menulis . dia mencari tempat yang boleh dijadikan sebagai papan hitam dan terlihat kereta bapanya yang hitam berkilat . memang lah menarik perhatiannya saat itu . dia toleh ke kanan dan ke kiri untuk mencari sesuatu untuk dijadikan kapur dan dia ternampak batu di tepi logkang . lalu dia mengambilnya dan mula melakar sepuluh budak hitam di dinding kereta kesayangan ayahnya .
beberapa minit kemudian ayahnya pulang dari pasar . tiba sahaja di rumah dia terkejut . belum sempat pape , basikal dia campak tepi , dengan ikan-ikan terkeluar dari plastik . 
si ayah naik berang lalu memanggil isteri dan anaknya .

ayah ; siapa yang buat maca ni kat kereta ayah ?
anak ; saya ayah 

si ayah pon marah dan tanpa berfikir panjang , dia terus mencapai dan mematahkan dahan pokok di situ . 

ayah ; mana tangan yang conteng tu ?
anak ; sebelah kanan ayah 

ayah terus merentap tangan anaknya dan terus memukul tanpa berhenti . dia tidak pedulikan rintihan , tangisan , jeritan anaknya . yang si ayah tahu , hukuman ke atas kesalahan yang dibuat. 

anak ; ayah ! sakit tangan saya ayah , sakit ! jangan pukul lagi . kesian kan saya ayah . saya janji tak mahu buat lagi . lepaskan tangan saya ayah , sakit ! berhenti .

si anak terus merayu tapi tidak di endahkan . si ibu hanya mampu melihat dan turut menangis kerana dia juga takut kan si ayah . akhirnya apabila si ayah puas hati , dia mula berhenti memukul lalu membawa anak itu ke bilik bibik untuk merawat luka di tangan . 

di malam hari , si bibik mengetuk pintu bilik si ayah dengan membawa anaknya sekali .

bibik ; tuan , tangan ank tuan teruk . lebam teruk 
ayah ; tangan mana ? meh sini yah pukul lagi .
bibik ; jangan tuan ! lihat lah lebamnya .

si ayah menyelak lengan baju anaknya dan terkejut lalu terduduk di lantai . sungguh dia tidak sangka . tangan anaknya lebam teruk . penuh lengan anaknya dengan lebam yang luar biasa . biru , purple , merah , hijau . semua warna menjadi satu . segera nak itu di bawa ke hospital . si ayah mundar mandir memikirkan keadaann anaknya . selepas pemeriksaan dijalankan si ayah dan ibu di panggil doktor ke biliknya .

doktor ; apa yang awak buat dengan anak awak ? tak sayang anak ke ?
ayah ; saya tak tahu doktor apa yang saya buat masa tu 
si ayah pun cerita bagaimana ia berlaku . doktor geleng kepala .
doktor ; awak tahu tak apa kesannya ? ada awak perasan dahan pokok apa yang awak patah kan untuk pukul anak awak ? tangan anak awak lebam bukan sebab awak pukul banyak kali tetapi sebab ada duri yang masuk dalam tangan anak awak . ada racun pada dahan tu yang dah masuk dalam tangan anak awak . tapi nasib baik awak cepat . kalau tak tangan anak awak akan kami potong sehingga siku . dan sekarang tangan anak awak akan kami potong separuh daripadanya atau separuh lengan .

si ayah amat terkejut lalu menangis dengan sepenuh hati . si ibu juga tidak ketinggalan . menangis dan terus menangis . si ayah mula menyesal dengan segala perbuatannya yang tidak berfikir dahulu sebelum bertindak .
 selepas pembedahan dilakukan , si ayah dan ibu pergi melawat anaknya yang terlantar di atas katil hospital . mereka menangis lagi apabila melihat tangan anak kesayangan kini tidak sempurna seperti orag lain . si ayah memeluk anaknya .

ayah ; maafkan ayah nak, ayah tidak patut buat begitu  . maafkan ayah sebab terlalu mengikut nafsu amarah ayah .
anak ; ayah maaf kan saya . saya janji tak akan buat lagi . saya hanya mahu tangan saya semula . saya mahu belajar dan menulis semula ayah . pulangkan tangan saya dan janji tak akan buat lagi lepas ni . tolonglah ayah .

si anak merayu dan terus merayu meminta tangannya semula . tetapi apakan daya , yang tinggal hanya separuh lengan .

that's all i can story about a family with their sadness and history . renung-renungkan dan
selamat beramal . :))

No comments: