01 February 2012

Toksah baca kalau menyampah sebab aku suka .

Lihatlah dunia . pandanglah aku dengan rasa hampa dan kecewa . aku kalah sekali lagi . loser . tewas dalam permainan hati sendiri . aku tak mampu mengawal perasaan. Yelah , aku sememangnya penipu . penipu tegar . masih menyembunyikan perkara sebenar . sorokkan kesedihan dalam diam . aku memang bebal . kini kau sekali lagi buat keputusan untuk pergi .


kalaulah aku boleh mengatakan tidak untuk kau pergi . tapi impossible . itu kemahuan kau . cita cita kau . Cuma doa aku untuk kau yang mampu . doa agar kau dapat mengejar segala impian . namun Tuhan itu MahaMengetahui . jika tidak , aku masih mengharap kau di sini . di sisi ini .

banyak benda aku tahu tentang kau dalam beberapa bulan kita kenal ni , tapi Cuma perasaan kau yang aku tak pasti . ye , aku susah nak paham tentang yang satu tu . dulu aku pikir aku dah selamat bila kau tak dapat pergi dan kau pun dah daftar untuk Muet . tapi , aku langsung tak pernah pikir kau cuba lagi untuk tempat lain ? aircraft engineer ! memang dahsyat course tu bagi aku . dan aku bayangkan 7 tahun kelak . sempurnanya hidup kau . bmw dalam garaj . hehehe .

aku tak meletakkan harapan tinggi . jodoh Allah yang tentukan . tapi masa yang panjang aku perlukan untuk buang rasa hilang kau dari sisi aku . sebab aku dah terbiasa . terlalu biasa kau selalu dengan aku .

kita memang akrab . sampai orang keliling sangka kita couple . orang keliling kata muka kita sama , betul ke tu ? kau kawan aku . kau teman aku . kau juga jiwa aku . sukar nak menilai di mana kedudukan kau . tapi percayalah kau pernah berada di tempat yang teristimewa dalam hati . tapi , kita hanya mampu merancang , Dia yang tentukan . sokey . aku redha .  walaupun bukan ini yang aku harapkan untuk tahun terakhir ni . aku akan cuba biasakan diri bila ketiadaan kau nanti . jangan pernah lupa aku walaupun kita mungkin bukan sesiapa nanti . sebab aku akan letak kau dalam moment paling indah .

gelakkan rambut dia . hahaha

untuk beberapa hari naik cuti sekolah , aku memang rasa terpinggir . ye , kau dah jauh dari aku . jauh sangat . dan kita macam tidak pernah kenal . tapi aku paham kepentingan tanggungjawab kau tu . dan aku mula boleh terima .

sebelum kau pergi , kau pesan . jangan pernah mengharap . jangan meletakkan harapan yang tinggi untuk kita . aku mengaku , bukan senang terima kenyataan tu sebab aku dah jatuh sayang dengan kau . dari dulu , kau pun tahu . walau macam mana pun , aku tahu kau nak kejar cita-cita dulu . kau tak mahu ‘cinta’ jadi penghalang kau kejar impian kau . dan sekali lagi aku dah mula boleh terima . ya , aku pasti . begitu juga aku , mengejar impian . ingat ! akan aku pegang kata-kata kau tu .

aku tak pernah janji untuk tidak menunggu kau . dan aku tak janji untuk buang sayang aku pada kau . Tuhan lebih mengetahui segalanya . maaf jika kau tak boleh terima . sebab bukan mudah untuk buang sayang yang ada dalam hati . tapi mungkin tidak bagi kau kan ? tak mengapalah , biarlah aku pendam rasa ni selagi boleh . simpan selagi mampu .

bolehka aku simpan g-shock pink kau ni . sekurang-kurangnya boleh jadi teman aku belajar . walaupun kau tak ada , pengganti pun its ok . kau pun pernah cakap , ada jam ni kira aku dah dapat sebahagian diri kau . boleh kan ?

aku sentiasa ada kalau kau perlukan sesuatu . sentiasa tunggu panggilan dari kau . bila dah kat sana , jangan pernah tinggal solat , ok ? fokus belajar . jangan ponteng kelas . nampak awek jangan usha ,  debik nanti !  aku dah tak ada dekat dengan kau untuk nak ingatkan lagi .


Walau apa pun , aku tetap merindui kau . dengan lafaz bismillahiranmanirrahim aku lepaskan kau pergi . macam lafaz cerai tak ? hahaha .assalamualaikum .

1 comment:

Tasnim Hafidz said...

tak senonoh..ade pulak lah hai lafaz cerainya..