20 June 2011

#kawan

“start minggu depan aku dah keje . dapat gaji , amek lesen . boleh bawak kau jalan-jalan naik kereta . moto kau tak nak kan ? ”
“kan kau sekolah . tak penat ke ? nak buat kerja sekolah ekonomi yang berkepuk tu lagi ?”
“aku kerja hujung minggu je . jumaat sabtu ahad”

Aku terkejut . and aku terfikir lepas ni tiada lagi CS dalam hidup kau . aku pun lepas ni jarang jumpa kau . semua gara-gara kau dah kerja .

“aku cakap kat member aku , aku start minggu depan . tapi minggu depan ahad je tak?”

aku pelik dengan ayat kau ? kata hujung minggu . kenapa ada lubang-lubang pulak .  start pun belum , dah mintak cuti .

“kenapa pulak nak cuti ?”
“ahad kan birthday kau . buat – buat lupa pulak” aku senyum kambing .

Ohh , aku terharu . rasa macam nak nangis pon ade sikit . tak sangka kau nak cuti sebab nak celebrate birthday aku .ok2 baru aku tau niat cuti kau tu. haishh . tak pe , kau tetap kawan aku .

Dan aku harap , kau takkan lupakan friendship  kita tau . kau pernah nak masuk line aku kan ? tapi aku tak tahu nak jawab ape . aku bukan tak suka kau . ye , aku sayang kau . tapi , nak lebih dari seorang kawan aku belum terfikir lagi . aku minta maaf . kalau tiba-tiba hati aku terbukak aku bagi tahu kau . ok ?
Kawan-kawan kau selalu usik kita . aku dah naik bosan + lali dengan dorang .balik-balik ayat yang sama.

“dia kan handsome . tak kan tak nak. Badan pun taff”
“korang ni sweet lah”
“mana hubby kau? Tak rindu ke”
“korang mana boleh tak jumpa seminggu . nanti rindu”
“kau jangan risau . dia kan ada . dia boleh belanja”

Aku seyum je bila kawan kau cakap macam tu . sebab tak tahu nak cakap apa . biar lah dorang . reti lah nanti nak senyap .

Aku pergi rumah kau . aku salam mak kau . aku salam kakak kau . semua tengok aku lain macam . lepas tu senyum-senyum . takut aku .

“ni awek kau ea?”
“bawak sape tu ? awek ke ?” yang ni jiran kau cakap . dia pun sebok jugakk .

Kelakar lah orang-orang kat rumah kau . kawan kau pun boleh iye kan yang aku ni awek kau . kau pun satu . tak nak pulak cakap pape . sepak kang !

Habis masa belajar , kawan-kawan kau ajak pergi tasek . tapi aku tak nak . aku nak balik rumah . rumah aku jauh , bukan macam rumah dorang . naik bus pulak tuh .

“dah jom gerak”

Aku terpaksa ekot kau pergi jugak tempat tuh . ok , fine ! dalam sepuluh minit kita jalan . terpaksa lalu bawah panas terik . tak tahu ke kau yang aku tak boleh kena panas dah . nanti aku pening ? takpe, aku gagah kan jugak . tapi masa tuh aku dah tak pandang muka kau . geram .

Kau perasan aku lain macam . sebab bila kau nak cakap dengan aku , aku lari . bila kau pandang muka aku  aku tengok tempat lain .

“kau nak balik tak?”

Aku buat tak tahu . konon tak ada orang yang bercakap . aku jalan syok sendiri .

“kau ok tak ni ? kenapa ? nak balik ea ?”
“dah-dah , jom balik .”

Aku tetap buat tak tahu . aku geram dengan kau masa tu dan pening aku datang balik . aku betul-betul tak stabil . member kau perasan . aku malu .

“dah lah tu . jom balik .”
“kan dah sampai ni . jalan jela . tak kan nak balik?”
“tadi kan kau kata nak balik . jom lah . cepat . aku pun nak balik ni . dorang biar . aku teman kau balik . lambat nanti kang mak marah .”

Aku gerak jugak . gagah kan diri sebab nak balik . baru sampai dah kena balik semula . dah lah sesak dengan orang . hurmmm .

Tak pela . aku tak kesah pun sebenarnya . kita dah macam Qayum dengan Laila pon ada kan ?. heee . perasan ! tak pe , kau tetap kawan aku sampai bile-bile . kawan tau .

4 comments:

puccachipmunk said...

CPE NI PYKA..ASE2 CM TAU P XSURE..HUHU..BEZNYE AD ORG CARING AT KO..ON JELA..

gleegorgeous said...

nanti aku bagi tau

EYQA said...

ciyeaaa, abg mael eh? HAHAHA

gleegorgeous said...

eyqa . dah lebih ni ... grr