18 June 2011

minggu yang baru

Buzz! Buzz! Assalamualaikum…

“Awak nak masuk kelas mana ?”
“6Fatan cikgu ,”
“ok”

Melangkah dengan penuh pasti sambil menyusuri kelas-kelas lelaki tingkatan 5 . amat memeritkan , memedihkan bagi aku . mulut mereka memang tak ada insurans . kalau lah dekat EC ada pokok durian , dah lama aku petik baling kat wajah-wajah brengsek mereka . jakun , tak pernah nampak aku kot , ataupun perempuan . hurm…

Hari first aku masuk kelas baru , sumpah aku cakap . seronok giler ! majority Melayu , bukan macam 6dinamik , majority Cina . masa mula-mula melangkah , kerusi tak cukup . so aku berdagang ke setiap kelas carik kerusi . tiba-tiba ada suara garau + romantic tegur dari belakang .

“Nak cari kerusi ke?” mata sepet woo + boleh tahan kacak .
“Ha’ah,”
“Kerusi ni tinggal satu je,” dia pegang kerusi tu .

Aku pandang dia ala-ala JLO nak mengurat Brad Pitt dengan harapan ada belas ehsan nak bagi kerusi dia.

“Amek lah kerusi ni . tak pelah , aku amek kat dewan je ,”

Dalam hati seronok giler . bukan sebab cair dengan dia, tapi tak payah susah-susah carik kerusi lagi . yes ! menang . terima untuk kau , Qayyum .

Hari rabu , meyaksikan aku kena kawad . OMG! Malas gilerr. Mamat komander ni , boleh pulak sebok-sebok suruh aku berbaris kat depan . dah kena menghadap muka dia . grr !

Jumaat , Eyka pagi-pagi dah buat rancangan Just For Laugh , sampai panas punggung aku ni .

“Pyka , komander hari tu tanya nama kau . dia minat kat kau,”

OMG! ,giler hape . aku tak dapat nafikan aku gelak cam nak mati mase tuh . ape lah mamat tuh . bute agaknye. Naseb baik tak kacak macam lelaki seperti yang bagi aku kerusi tu . haishh .. reject ! mampus tak layan . XD

Apa-apa pun , minggu ni , aku seronok sangat . sumpah ! kepala tak terbeban dengan kerja sekolah . dan seronok dapat masuk kelas baru . 


2 comments:

EYQA said...

AMBOI !! kalau aku thu aku da lame
tanye kau punya blog hape. dapat aku bace cerita kau neh. cite pasal qayyum nampak? hahahaha

gleegorgeous said...

yg Qayyum tak best . yg ketua komander dy hero cerita ni .