13 August 2012

Sedikit doa dan semangat

assalamualaikum

aku tak sebaik mane , tapi aku cuba yang terbaik . entry ni , hanya untuk beri semangat dan doa aku sentiasa untuk kau .

kita tak guna hukum karma , tapi kita ada Qada dan Qadar . beriman pada Qada dan Qadar . rukun iman ke enam . selalu kita dengar memang perit bagi kita nak mengharungi cabaran dan dugaan yang datang . namum , ingatlah , kita sedang diuji oleh Allah . 

Jika kehidupan kita adalah sebagai seorang pelajar, pasti banyak cabaran ketika kita di tempat belajar. Dugaan dengan pelajaran, hubungan dengan rakan-rakan dan diuji pula oleh Allah dengan fitrah iaitu rasa suka atau jatuh cinta pada seseorang. Apabila keadaan ini terjadi, kita haruslah bijak memilih jalan yang betul sama ada melayan perasaan tersebut atau dengan segera mendekatkan diri kepada Allah kerana menyedari bahawa kita sedang diuji.

sebagai kawan , aku sayang kau . bukan hak aku menghalang . dan bukan niat untuk kepoh tepi kain orang , tapi aku disini sebagai sahabat .

di setiap yang terjadi ada hikmahnya . Dia tahu apa yang terbaik untuk kita . apa yang tak berlaku sekarang , mungkin akan terjadi akan datang . macam apa yang kau harapkan . doa itu penting .  kita akan jumpa jalan terbaik . insya-Allah .


"Bahawasanya Allah akan mencuba salah seorang kamu dengan sesuatu bencana (bala), sebagaimana seseorang kamu mencuba (menguji) emas dengan api. Maka di antara mereka ada yang keluar seperti emas asli iaitu mereka yang dilindungi dan dipimpin oleh Allah dari perkara syubhat dan ada di antara mereka yang keluar sebagai emas hitam (palsu) iaitu bagi mereka yang mendapat fitnah" (HR Thabran)

assalamualaikum 


No comments: