07 June 2011

apa kata hati

dalam sebulan boleh kira berapa kali kau mesej aku . dalam seminggu apatah lagi . cukup sejari aku kira . kadang-kadang tak terkeluar satu jari ni . kenapa mesti aku yang mula dulu , bukan kau ? aku kan perempuan  . malu jugak aku nanti . tapi kau punyer pasal , aku gagah kan hati , buad muke tebal macam tembok cine . 

sabtu lepas , Linda bagi tau aku , second intake untuk matrik aku dapat . alhamdulillah , aku bersyukur sangat . walaupun aku tak berharap sangat , sekurang-kurangnyer aku tau name aku maket gak . haha . aku tanye Linda ,

"aku dapat mane ? N9 ke ?"
"tak lah KMJ . kat tangkak . pergilah , kan ade orang tunggu"

aku terkejut yang amat sangat . bape kali aku tanye Linda kat mane aku kene campak aku tak tahu . teruja yang amat . tangkak ! satu tempat yang aku fikir tak mungkin aku pergi . tapi memang pon . aku tak pergi , mak tentu tak bagi . dan kau , aku tak nak bagi harapan lebih-lebih . tak nak kau tunggu . 

malam tuh aku telefon kau , nk bagi tahu tentang berita gembira bagi kau ---> maybe . 

"ade apa kau telefon ni ?" soalan yang agak tersentuh buat aku .
"ramai yang masuk untuk second intake tu ?"
"entah , aku tak pegi nengok pon"
"aku dapat panggilan kedua , kat tempat kau" aku berdebar tunggu reaksi kau .
"ha , habis tu kau tak masuk lah"
"tak lah ."

aku tunggu reaksi kau macam minggu lepas . tapi tak ponn . aku ingatkan kau sedih atau terkilan sebab aku tak masuk , tapi tak ade tande-tande pon . lagi buad aku sedih .

"suke hati kau lah . rugi tak dapat jumpa aku" aku senyum ..
"tak pelah , lagi pun aku dah dapat HTC ni . giler gempak" dgn tipu aku nak sedap kan hati sendiri kononnye .
"eleh , bohong . hantar lah pic kat nombor celcom , maxis hp biase"
"sejak bile kau ade nombor celcom?"
"alamak ! kantoi sudaa . err , dah lame guna sebenarnye ."
"oh , ok"

nombor celcom ? kenapa aku tak pernah tahu ? kenapa kau tak pernah bagi tahu aku ? kenapa mesti kau rahsiakan daripada aku ? selama ni kita tak pernah ade rahsia apa-apa . tak kan kau ade nombor celcom pon nak main hide and seek dengan aku ?  ke kau ade kawan perempuan yang kau 'sayang' ke selain aku ? jangan lah macam itu , aku tak suke kau tipu aku , tahu ! aku tak kesah sangat lah kan kau ade member lain , tapi jangan tipu . kesian aku . 

time ni memang aku dah bengang sikit dengan kau . aku tak tahu nak letak muke kat mane . nak masukkan dalam kain batik nenek aku pon ade . sumer sebab tak terime kau tipu dan rahsiekan dari aku . geram dengan kau ! grr . 

"kenapa diam ni ? marah ?"
"buat ape nak marah ."
"yelah tuh , kejap lagi aku nak pegi memancing ni "
"pancing perempuan kan?"
"otak kau berjambul . buat ape . pancing ikan lah . tak tipu" aku tak caye . kau kan kacak . aku ngaku .
"dah lah , kau pun sibuk . tak mahu kacau .  bye , salam"

ligat kepala otak aku fikir lagi . kenapa mesti kau tipu aku . pening sudaa . lepastuh nak pergi usha anak dara orang . mane boleh jadik ni . jeles tau ---> tipu sikit . tahu muke tu maket , kacak . and manis bile senyum , aku suke . tapi tak suke buad tayang dekat minah-minah senget kat luar tuh , hehe

aku tak tahu ape kata hati kau sekarang . kejap aku kejap tak . mule nak sangat , sekarang tak . geram aku . mase tuh aku rase kau dah tak macam minggu lepas . dah tak karat lagi dah . dulu aku berharap , sekarang aku berhenti . aku rase , kau dah berubah . tak sayang aku lagi , maybe .

aku tengah golek-golek tibe-tibe hp aku bunyik lagi . tengok skrin , aku senyum walhal dalam hati menangis .

"rugi kau tak daftar masuk , seminggu boleh jumpe aku sebab aku jadi fasi untuk orientasi ni"
"aku dah tawar hati nak pegi dah" yang ni aku tak tipu .
"kenapa ?"
"sebab kau lah"
"asal ?"

aku biarkan mesej terakhir kau tuh tergantung . aku tak nak reply sebab aku geram + sedih + makan hati dengan kata-kata and tipu sunat kau tu . aku merajuk . tak nak layan kau lagi .

"adik , abang ada buad salah ke ?"

eleh , nak pujuk aku ke apa ? aku tak nak cakap ape-ape . aku nak merajuk . aku tak nak tepon kau lagi dah lepas ni . lantak lah . aku betol-betol makan hati ni .

No comments: